Wednesday 9 October 2013

Isteriku, I Love you



Rasulullah SAW bersabda, “Maka pilihlah wanita yang taat beragama, sebab jika tidak, tanganmu pasti berlumuran dengan debu (kehinaan).”
Setiap bangunan – apapun bentuknya – pasti memerlukan asas untuk menegakkannya. Dan asas utama untuk membina keluarga Islami adalah taqwa. Tanpa nilai-nilai taqwa, bangunan keluarga Islami akan rapuh, nuansa kehidupan berkeluarga yang dibina akan suram dan keruh, serta tidak akan dinaungi kebahagian.
Taqwa adalah tiang asas untuk menegakkan nilai-nilai luhur kehidupan berkeluarga. Ia menjernihkan hati dan menyucikan jiwa pasangan suami isteri dan anak-anak mereka. Ia melahirkan pencerahan sehingga setiap pasangan suami isteri dan anggota keluarga lainnya mengerti hak dan kewajiban. Taqwa akan melapangkan hati dan fikir anggota keluarga, sehingga semua gesekan (permasalahan) dapat diselesaikan dengan fikiran yang jernih dan jiwa yang lapang.
Rasulullah SAW menganjukan kepada setiap pemuda muslim untuk memilih pasangan hidup yang memiliki rasa takut kepada Allah (taqwallah). Sebab, laku ketaqwaan adalah cermin nyata sikap beragama dan ketaatan dalam beribadah. Seorang isteri yang bertaqwa, lisannya selalu digunakan untuk berzikir kepada Allah dan membincangkan ilmu-ilmu Allah. Dia berjiwa pemaaf dan menjauhi segala permusuhan. Dia juga senatiasa menjaga penglihatannya daripada hal-hal yang dilarang Allah.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika telah datang kepada kalian seseorang pelamar yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia dengan puteri kalian. Jikalau kalian tidak melakukannya, akan terjadi fitnah diatas muka bumi dan kerosakan yang besar.”

Sumber: Isteriku, I love you
p/s: membina keluarga bahagia, impian setiap insan.

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

No comments:

Post a Comment