Sunday 1 January 2012

Tahun 2012


Assalamualaikum wbk..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad saw, keluarga dan sekalian sahabat.

Sekian lama tidak menjejakkan kaki di sini. Alhamdulillah, 2011 dah melabuhkan tirai dan 2012 datang menyusul. Syukur kepada ALLAH kerana masih memberi ruang juga peluang buat insan lemah ini bernafas di tahun baru Masihi ni. Bila berkisah tentang tahun baru, ramai yang bertanya, apa azam tahun baru? Dan jawapan yang pasti, menjadi yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Ya, aku juga begitu.. ingin menjadi yang lebih baik, walau tidak sempurna tapi bergerak dan ada asa untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. insyaALLAH.

Alhamdulillah, tahun baru kali ni aku berkampung di bumi Tanjong Malim, walau hanya pekan kecil yang kurang dikenali, tapi aku suka. Sebabnya, di sinilah tempat aku belajar menjadi seorang insan, di sinilah tempat aku menuntut ilmu, di sinlah juga tempat aku bersama kawan-kawan dan di sinilah juga tempat aku mencoret pelbagai memori bersama teman yang kini semuanya sudah jauh di mata, jauh dari pandangan tapi insyaALLAH akan selalu dekat di hati.

Namun, di awal tahun baru 2012 ni, aku terkejut dengan peritiwa berdarah yang berlaku di UPSI, iaitu tempat di mana aku sedang berkampung. Aku sedih dengan perkara yang terjadi kepada mahasiswa/i pagi tadi. Doaku, semoga mereka terus kuat juga tabah dengan apa yang berlaku. Suka untuk aku berkongsi kata daripada seorang hamaba, katanya

“Bukan namanya perjuangan jika tidak berani mengambil risiko!”

Ya ALLAH, bantulah kami dalam perjuangan ini!
Jadi, 2012 sudah tiba.. mulakan tahu baru, hari yang baru, masa yang baru, juga detik yang baru dengan lafaz syukur, Alhamdulillah kepada ALLAH yang menciptakan kita. Bersediakah kita menghadapinya? Ada orang kata macam biasa ja, nothing special and no problem. Pada aku, semoga tahun yang mendatang ini akan memberi manfaat buat diri, agama dan seluruhnya, insyaALLAH..

p/s: mama, bapa.. rindu .. ^_^ 



sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

No comments:

Post a Comment