Friday 30 September 2011

Aku dan Cinta . .

Assalamualaikum wbk..
Alhamdulillah. . Alhamdulillah.. Alhamdulillah.

Aku ingin berkisah tentang CINTA. Satu perkataan yang mempunyai banyak lagi dalam maknanya. Setiap yang berjiwa pasti suka dengan cinta. Aku juga, seronok mendengar tentang cinta. Lagi seronok bila dicinta. Mungkin.

Tapi ingat, cinta itu bukan barang mainan. Cinta bukan hanya seungkap perkataan. Cinta bukan  barang yang boleh dibeli semahunya. Cinta punya tanda harga dan hanya yang berhak saja boleh memilikinya. Ya! Cinta itu sangat mahal lagi infiniti.

Naluri ingin memberi cinta juga menerima cinta adalah fitrah setiap jiwa. Setiap jiwa pasti ingin dicinta dan mencintai, kan? Tiada manusia normal yang mahu sendiri. Kosong daripada cinta. jauh dari cinta. Sekali cinta kita terima, akan ada kesan abadi pada jiwa.

Mengapa?

Kerana cinta adalah ukuran Iman. Orang yang kita cinta itu akan menjadi penentu tempat kita di akhirat nanti. Ya, penentu! Kerana kita akan bersama dengan orang yang kita cinta itu menuju tempat yang abadi. Orang yang kita cinta adalah lambang kepada diri kita. Menjadi lambang kepada hati kita. Sama ada keimanan atau kefasikan. Sama ada Syurga atau Neraka?

Perkara inilah yang tidak kita ketahui. Sungguh! Aku juga begitu. Kadang-kadang, sepi menyapa aku. Rasa cinta akan datang dalam diri. Namun, adakah itu cinta? Aku juga keliru. Keliru dalam mengenal cinta hakiki atau cinta duniawi. Ramai antara kita tidak tahu dan tidak yakin bahawa cinta itu akan membawa kita menuju tempat abadi sehinggakan ramai yang terpesong dalam menegenali erti cinta yang sebenar, iaitu cinta kepada ILAHI.

Nabi berpesan kepada kita. Setiap manusia akan berhimpun di akhirat bersama dengan orang yang dicintainya. Andai cinta itu berlabuh kepada pewaris neraka, maka kita akan berhimpun bersama dengannya di Neraka Jahanam. Nauzubilah! Andai cinta kita berlabuh kepada pewaris Syurga Firdaus,  pasti kita akan berhimpun bersamanya di dalam Syurga abadi. insyaALLAH.

Akhirnya?

Sungguh! Amat besar nilainya cinta. Cinta boleh membawa kita ke Syurga atau Neraka Tuhan. Pilihlah siapa kekasih kita. Orang yang soleh atau yang fasik? Pilihan di tangan sendiri. Mencintai, bererti kita perlu memilih. Terlalu sukar dirasakan hidup ini andai jauh dari hukum Ilahi. Ya, sesungguhnya kita hanya insan kerdil yang menumpang di bumi Tuhan. Kuasa memilih ada dalam tangan sendiri. Bahagia atau derita?

Ya ALLAH.. aku hanya ingin cinta yang HALAL di dunia juga akhirat. Labuhkan hati dan cintaku kepada insan mencintaiku keranaMU. Dan hanya kepadaMU aku memohon. Amen..

p/s: Rasa cinta, fitrah manusia, jangan sesekali menolak kehadiran cinta. Kerana cinta adalah milik setiap insan. Hanya perlu bijak dalam mengendalikan cinta yang utama, iaitu cinta kepada Ilahi.. insyaALLAH ^_^

psss: Rasa malu pulak berkisah tentang cinta. Tapi, ini adalah hakikat. Dan hakikatnya, aku hanya ingin cinta yang HALAL!


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

No comments:

Post a Comment