Sunday 19 June 2011

Nukilan Buat Bapa


picture by kryaneza

Bismillahirahmanirahim . .
Assalamualaikum wbk..

1, kasih nan abadi tiada tanding DIA yang Satu
2, sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya Ibu
3, lapar dan dahaga rela berpayahan setianya Ayah..

Pernah dengar lagu ni? insyaALLAH semua pernah dengar. Entry kali ni khas buat bapa yang dicintai kerana ALLAH, Hj Nurdin bin Kasim. Kasih ibu membawa ke syurga dan kasih ayah tiada penghujungnya. Ungkapan yang sering kali menyapa telinga. Pada aku, mama dan bapa adalah inspirasi aku di dunia ini selepas ALLAH dan Rasul.

Aku bukan lah seorang anak manja dengan bapa, tapi yang pasti aku seorang anak yang sangat rapat dengan bapa. Sangat mencintai dia dengan seadanya. Seringkali mama bercerita dengan aku akan pengorbanan bapa pada kami adik-beradik sewaktu kecil. Seringkali juga aku melihat akan penat lelah bapa pabila pulang dari kerja. Apa yang mampu aku lakukan? Hanya mampu masak dan sediakan apa yang patut.

Bila berkisah tentang bapa, bapa aku adalah seorang insan yang tegas. Tidak mudah marah malah sangat cool and steady, kan pak? Hehe.. namun, aku juga takut pabila bapa sudah marah. Itulah bapa aku, seorang insan yang sangat luhur budi pekerti. Sanggup bersusah demi kesenangan anaknya.

Rindu, ya.. ungkapan yang sering lahir dari hati dan bibir insan lemah ini. Rindu untuk menatap wajahnya yang pulang dengan membawa makanan, juga rindu untuk mencium tangan bapa pabila usai solat. Rindu dengan kata-kata nasihat yang sering menjadi halwa telinga. Bapa aku juga seorang yang lucu. Suka membuat aku ketawa dan akan selalu call aku.

Apa yang pasti, aku sangat sayang dan cinta akan bapa walau tidak terungkap dengan kata. Cukuplah dengan tingkah dan wajah yang dipamer. Aku tahu bapa mengerti dan aku juga tahu bapa sayang akan aku, satu-satu anak gadisnya..

Hari-hari Hari Bapa!! luv u..

Hj.Nurdin Bin Kasim

A brilliant man, a respectable one at that
Yet he smiles and walks the earth
with a deep humble down to the core
you are so wonderful, so alive, it’s too good to be true to be my father
world has always so much to offer to a person
but one couldn't be more happier with having the best father around
I thanked to Allah every day of my life
Happy Father's Day

(by: Fa)

p/s: bapa akan selalu ada dalam hatiku, akan selalu ada dalam batin dan doaku.. semoga ALLAH redha akan dirimu..insyaALLAH.

2 comments:

  1. selamt hari bapa untuk ayah kamo ;)
    kasih ayah sampai sepanjang masa ;)

    ReplyDelete
  2. hari-hari hari bapa & mama..^^

    ReplyDelete