Friday 17 June 2011

Gerhana Bulan 16 Jun 2011

image by Google
Assalamualaikum wbk..


Gerhana berlaku pada 16/06/11..tapi aku baru nak update pasal ni, tak apalah. Masa malam gerhana bulan ni aku dengan dua orang lagi kawan aku ada juga berjaga sebab nak tengok kejadian ni. Tapi, malang sungguh tak dapat tengok sebab mata tak dapat nak tahan, akhirnya terlelap juga. Kami bertiga berlega-legar di koridor kolej, dah la orang lain sudah tidor (kot la).. kami pula buat kecoh. Lagi satu, dari rumah aku tak dapat tengok jadi kami pergi ronda-ronda malam tu sebab nak cari bula.


Alhamdulillah, dapat tengok. Tapi masa awal-awal je lah.. Masa tu bulan nampak cantik sangat, subhanallah.. itu saja yang mampu aku ungkapkan. Lepas tu terus balik rumah sebab sakit tengkuk masa mendongak tengok bulan. Jadinya, nak kongsi sedikit ilmu tentang gerhana ni, semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan hanya DIA yang maha tahu. Sebagai hamba kita wajib bersyukur kerana berpelungan melihat kebesaran ciptaanNya. Alhamdulillah..


image by Faizal



"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan dan kebijaksanaanNya) bagi orang -orang yang berakal" (Ali Imran : 190)

Kejadian gerhana bulan merupakan salah satu bukti kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t. Fenomena yang menakjubkan ini berlaku apabila bumi berada sesatah dengan garisan bulan dan matahari ketika fasa purnama.

Daripada al Mughirah b. Syu'bah RadhiAllahu 'anhu beliau berkata: " Telah gerhana matahari pada zaman Rasulullah S.A.W, pada hari kematian Ibrahim ( anak Rasulullah S.A.W), maka telah berkata manusia: Matahari menjadi gerhana kerana kematian Ibrahim. Maka Rasulullah S.A.W bersabda:" Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara bukti-bukti kekuasaan Allah, keduanya tidak menjadi gerhana disebabkan hidup atau matinya seseorang, apabila kamu melihatnya ( gerhana matahari dan bulan), maka berdoalah pada Allah dan bersolatlah, sehingga habis gerhana." - Muttafaq 'alaihi.

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedu-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang". (Riwayat Imam Muslim)

sumber: Halaqah.net

p/s: Betapa taatnya makhluk Allah ini mematuhi ketetapan Allah (Sunnahtullah) hingga tidak mungkir walau satu saat pun.

No comments:

Post a Comment