Sunday 19 June 2011

Angin

image by BlackJack0919 DevianArt


Angin
Tidak berwarna,
Tidak juga berasa,
Juga tidak bersuara,
Tapi masih kita tahu kewujudannya.


Angin,
Dapat mendamaikan,
Juga dapat mengasyikkan,
Silap hari dapat menghancurkan.


Angin,
Bila masa matahari,
Bila masa bulan,
Masih boleh kita rasai.


Kalau dengan angin dapat menghilangkan semua rasa,
Apa salahnya kita mencuba bercerita kepadanya?
Apa salahnya kita cuba beramah mesra sambil melepaskan segala rasa,
Angin tidak punya mulut seperti manusia untuk menjadi pendusta atau pencerita semula.


Angin berlalu laju,
Menyapa muka sekeras batu,
Tersalah langkah menyembah bumi,
Baru kau tahu kerasnya angin itu.


sumber: dunia


p/s: angin mampu melakar suka juga duka..^^

2 comments:

  1. mampukah angin menyampaikan berita ini kepada kawan-kawan? ^^

    ReplyDelete
  2. sampaikan cerita pd angin lalu..^_^

    ReplyDelete