Monday 27 June 2011

Aku Muslimah


Aku bangga menjadi Muslimah
Disaat yang lain bangga menjadi wanita Modern.
Aku bangga Jilbabku menjuntai kedada
Disaat yang lain bangga mengikuti Mode,

Aku bangga menjadi biro kerohanian saat yang lain terlena,
Aku tak peduli dengan anggapan sok suci
Kerana aku tahu apa yang laKukan,
Awalnya aku tidak percaya diri
Dengan pakaian yang tertutup rapi
Teman- teman berkata aku tidak trendy
Tapi Abi berkata aku cantik begitupun Ummi
Wahai Kawan yg bermimpi sanjungan
Cantik buKanlah buka-bukaan
Cantik bukan selalu berdandan
Dan Cantik bukan bererti seorang pujaan
Kuulurkanan jilbabku hingga terasa damai dihatiku
kulonggarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
kulakukan itu semua demi cintaku pada Rabbi-ku
Dan kuberbisik dalam hatiku, semoga ENGKAU bahagia melihatku
 Andai semua orang memahami
Cantik lahir bukanlah Ukuran
Tapi Cantik hati memikat semua Orang
Dan terutama budi pekerti seperti yang Rasul Contohkan
maKa Saudariku Peliharalah AURAT . .
Tidak akan tertutup dengan berperangai yang BAIK,
Tidak akan tertutup dengan  sifat LEMAH LEMBUT,
Tidak akan tertutup dengan  kata-kata yang BAIK,
 tetapi hanya akan tertutup dengan PAKAIAN yang SEMPURNA,
Mudah-Mudahan AKHLAK dibalik pakaian tadi lebih INDAH daripada pakaiannya . . Amin 
sumber: GadisBerjilbab
p/s: wanita hiasan dunia, jagalah hiasan dirimu.. ^_^
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Sunday 26 June 2011

Pembersih




image by 
XylitolFairy


Assalamualaikum wbk..

Tanya pada diri, adakah aku seorang pembersih atau pengotor? Pasti ramai yang akan kata dia pembersih, tahniah buat diri. Sebelum aku berkisah tentang pembersih, aku nak kata yang tidak semua cantik itu bersih. Orang yang Nampak cantik pada zahirnya tidak semestinya cantik pada batinnya. Bukan ingin berkisah tentang baik buruknya akan diri orang lain. Sekadar ingin berkongsi sesuatu yang penting. Ada yang kata, bila raut wajah orang tu cantik, berdressing juga cantik, maka dia memang cantik.. benarkah?

Pada aku, ungkapan cantik itu sangat subjektif, lain orang lain matanya, maka akan lain juga penilainannya. Tapi, andai dia seorang pembersih, maka akan bersih seluruhnya. Sejujurnya, aku tidak betah dengan orang yang pengotor. Tiada orang yang suka dengan kotor dan orang yang pengotor pun pasti suka akan sesuatu yang bersih, kan? Jadi tidak salah kiranya kita ubah diri perlahan-lahan jadi insan pembersih. Sangat banyak baiknya dan sangat sikit buruknya.

Tinggal dengan orang yang pengotor juga membuat diri selalu rasa ingin marah. Ya, sungguh.. sebabnya suasana yang kotor mengundang banyak benda yang tidak sepatutunya ada, faham kan? Tinggal dengan orang yang pengotor juga buat aku selalu berdiam dan tiada mood untuk berkata-kata. Ditegur salah, tidak ditegur lagi salah. Huh! Susahnya bekerja dengan insan seperti ini.

Bersih diri, bersih hati, insyaALLAH bersih Jiwa..



“Beautiful people are not always good but good people are always beautiful.” Sayyidina Ali (R.A.)

p/s: belajar menjadi seorang pembersih sangat baik dan mulia, insyaALLAH..



sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Saturday 25 June 2011

I Believe

people doesnt need to see Him in order for them to believe.
picture by ifearmyking DevianArt


When you’re searching for the light

And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day


I believe
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?


Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day


If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

I believe I believe, I believe I believe


sumber: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki

p/s: Allah is the best listener. You don’t need to shout nor cry out loud because He hears even the very silent prayer of a sincere heart..I Believe...

Thursday 23 June 2011

Sesama Manusia

True friendship is seen through the heart not through the eyes..!


Assalamualaikum wbk..


SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini. Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan. Ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bsukanlah suatu ikatan yang diutamakan dalam diri setiap individu.


Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu membunuh nenek atau datuk.


Malah, yang paling menyayat hati seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang dikandung dan jika lahir pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana sampah yang tiada nilainya.
Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti.Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.


Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”


Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.


Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa.Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan anaknya.Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah.


Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihanOrang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?”


Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”


Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara yang mempunyai pertalian darah dengan kita.Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.


Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.”


sumber: Halaqah.net


p/s:  Hidup kita sementara cuma, berbaiklah semasa kita, insyaALLAH hidup bahgia..^^


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..


Tuesday 21 June 2011

Andai aku mati sekarang . .

image by Kulanzsalleh.blogsot.com

Andai aku mati sekarang,
Adakah yang akan merasa kehilangan ku?
Adakah yang akan menangis pilu menghantar mayat ku?
Adakah yang akan mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku?
Adakah yang ziarah ke pusaraku?

Aku menangis rasanya apabila  memikirkan hal itu,
Namun aku tidak boleh tidak memikirkannya,
Kerana hal ini akan pasti terjadi padaku kelak.
Kini aku tidak lagi memiliki orang yang begitu ikhlas mencintaiku seperti keluargaku
mamaku,
bapaku,
abangku,
adik-adikku,

Ya Allah.. aku tidak mahu merasakan apa-apa
Aku hanya ingin menyebut namamu sahaja sebagai pengganti aduan hamba.
Aku kini ingin mengumpulkan amalan yang banyak untuk bekal aku pulang ke dakapan kasih sayangMu

Ya Rabb . .
Aku jadikan sabar sebagai penakluk semua kebencian dihati ini.
Aku jadikan sedekah untuk menghancurkan kesombonganku.
Aku jadikan solatku sebagai pelindung hari-hariku
yang penuh dengan orang-orang yang benci atas kehadiranku
Aku jadikan doa sebagai penghibur hati,
bahawa ada kekuatanMu yang sangat luar biasa,
yang sanggup mengalahkan kerisauan dalam diri.
Aku  jadikan diam sebagai benteng diri,
dari kata-kata penuh dosa, janji-janji penuh dusta.
Aku sepenuhnya yakin, bila ku  tetap pada pendirian ini,
pada kesabaran yang sudah semestinya.
Aku akan mendapatkan kasih sayang yang luar biasa dariMu Ya Allah . .
Aku tak perlu lagi berputus asa dengan keadaan duniawi
yang telah merenggut kelapangan dari hidupku  ini. .

Allah…
Aku memohon berilah aku kesabaran yang takkan kehabisan
Aku memohon ampunkanlah segala dosa-dosaku
Aku memohon berilah   kekuatan untuk menghadapi kenyataan yang tak selalu menyenangkan ini
Aku memohon jagalah aku dari pengaruh hati yang menggebu
Aku memohon terimalah segala amala ibadahku

Sumber: akuIslam

p/s: Kematian satu kepastian..daripadaMu aku datang dan kepadaMu jua aku kembali..ya ILAHI..

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Monday 20 June 2011

Akulah wanita itu

image by FekszikNymph


Wahai kaum adam…
Karena apa kau mencuri hati kaum hawa??
Karena apa kau menyintai kaum hawa..??
Karena apa kau menyayangi kaum hawa…??
Karena apa kau menyunting kaum hawa…??
Wahai kaum adam…
Adakah karena kau ingin lukakan hatinya..??
Adakah karena kau ingin robekkan perasaannya..??
Adakah karena kau ingin siatkan kasih sayangnya…??
Adakah karena kau ingin menyeksa jiwa raganya…??

Wahai kaum adam…
Apa erti cinta pada diri kalian..??
Apa erti sayang pada kalian…??
Apa erti rindu pada kalian…??
Dan…apakah erti kesetiaan pada kalian…???
Wahai kaum adam…
Adakah cinta itu seperti mainan bagimu..??
Adakah sayang itu sekadar pelepas hausmu..??
Adakah rindu itu sekadar angin yang berlalu..??
Adakah setia itu sekadar puisi yang bisa kau padamkan..dan kau coretkan semula…jika kau memerlukannya…??

Wahai kaum adam..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang senang mengalir air matanya..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang jiwanya sangat setia..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang perasaannya amat halus..
Ketahuilah…kaum hawa itu kaum yang bisa memaafkan walau jiwanya hancur..
dirobek..disiat oleh kalian...
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang bisa melupakan segala keburukan kalian walau dia terpaksa menyeksa perasaannya…
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang sanggup mengenepikan kepentingan dirinya hanya untuk diserahkan kepada kalian kaum adam…
Wahai kaum adam…
Sayangilah kaum hawa sepenuh jiwa kalian…
Lindungilah kaum hawa setulusnya cinta kalian…
Sesungguhnya…
Cintailah kaum hawa itu seteguhnya karena Allah…
karena Dia..pemilik segala Cinta…Dia-lah Pencinta Sejati…

karya: IBNU KHALDUN...
p/s: aku wanita yang mendambakan cinta yang hakiki..^^


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Sunday 19 June 2011

Nukilan Buat Bapa


picture by kryaneza

Bismillahirahmanirahim . .
Assalamualaikum wbk..

1, kasih nan abadi tiada tanding DIA yang Satu
2, sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya Ibu
3, lapar dan dahaga rela berpayahan setianya Ayah..

Pernah dengar lagu ni? insyaALLAH semua pernah dengar. Entry kali ni khas buat bapa yang dicintai kerana ALLAH, Hj Nurdin bin Kasim. Kasih ibu membawa ke syurga dan kasih ayah tiada penghujungnya. Ungkapan yang sering kali menyapa telinga. Pada aku, mama dan bapa adalah inspirasi aku di dunia ini selepas ALLAH dan Rasul.

Aku bukan lah seorang anak manja dengan bapa, tapi yang pasti aku seorang anak yang sangat rapat dengan bapa. Sangat mencintai dia dengan seadanya. Seringkali mama bercerita dengan aku akan pengorbanan bapa pada kami adik-beradik sewaktu kecil. Seringkali juga aku melihat akan penat lelah bapa pabila pulang dari kerja. Apa yang mampu aku lakukan? Hanya mampu masak dan sediakan apa yang patut.

Bila berkisah tentang bapa, bapa aku adalah seorang insan yang tegas. Tidak mudah marah malah sangat cool and steady, kan pak? Hehe.. namun, aku juga takut pabila bapa sudah marah. Itulah bapa aku, seorang insan yang sangat luhur budi pekerti. Sanggup bersusah demi kesenangan anaknya.

Rindu, ya.. ungkapan yang sering lahir dari hati dan bibir insan lemah ini. Rindu untuk menatap wajahnya yang pulang dengan membawa makanan, juga rindu untuk mencium tangan bapa pabila usai solat. Rindu dengan kata-kata nasihat yang sering menjadi halwa telinga. Bapa aku juga seorang yang lucu. Suka membuat aku ketawa dan akan selalu call aku.

Apa yang pasti, aku sangat sayang dan cinta akan bapa walau tidak terungkap dengan kata. Cukuplah dengan tingkah dan wajah yang dipamer. Aku tahu bapa mengerti dan aku juga tahu bapa sayang akan aku, satu-satu anak gadisnya..

Hari-hari Hari Bapa!! luv u..

Hj.Nurdin Bin Kasim

A brilliant man, a respectable one at that
Yet he smiles and walks the earth
with a deep humble down to the core
you are so wonderful, so alive, it’s too good to be true to be my father
world has always so much to offer to a person
but one couldn't be more happier with having the best father around
I thanked to Allah every day of my life
Happy Father's Day

(by: Fa)

p/s: bapa akan selalu ada dalam hatiku, akan selalu ada dalam batin dan doaku.. semoga ALLAH redha akan dirimu..insyaALLAH.

Angin

image by BlackJack0919 DevianArt


Angin
Tidak berwarna,
Tidak juga berasa,
Juga tidak bersuara,
Tapi masih kita tahu kewujudannya.


Angin,
Dapat mendamaikan,
Juga dapat mengasyikkan,
Silap hari dapat menghancurkan.


Angin,
Bila masa matahari,
Bila masa bulan,
Masih boleh kita rasai.


Kalau dengan angin dapat menghilangkan semua rasa,
Apa salahnya kita mencuba bercerita kepadanya?
Apa salahnya kita cuba beramah mesra sambil melepaskan segala rasa,
Angin tidak punya mulut seperti manusia untuk menjadi pendusta atau pencerita semula.


Angin berlalu laju,
Menyapa muka sekeras batu,
Tersalah langkah menyembah bumi,
Baru kau tahu kerasnya angin itu.


sumber: dunia


p/s: angin mampu melakar suka juga duka..^^

Saturday 18 June 2011

Waktu

image by Nuvolehtta DevianArt

Dan jika engkau bertanya, bagaimanakah tentang Waktu ?
Kau ingin mengukur waktu yang tanpa ukuran dan tak terukur.

“Engkau akan menyesuaikan tingkah lakumu dan
bahkan mengarahkan perjalanan jiwamu menurut jam dan musim.
Suatu ketika kau ingin membuat sebatang sungai,
diatas bantarannya kau akan duduk dan menyaksikan alirannya.”

Namun keabadian di dalam dirimu adalah kesedaran akan kehidupan nan abadi,
Dan mengetahui bahwa kemarin hanyalah kenangan hari ini dan esok hari adalah harapan.

Dan bahwa yang bernyanyi dan merenung dari dalam jiwa, sentiasa menghuni ruang semesta yang menaburkan bintang di angkasa.

“Setiap di antara kalian yang tidak merasa
bahwa daya mencintainya tiada batasnya?
Dan siapa pula yang tidak merasa bahwa cinta sejati,
walau tiada batas, tercakup di dalam inti dirinya,
dan tiada bergerak dari pikiran cinta ke pikiran cinta,
pun bukan dari tindakan kasih ke tindakan kasih yang lain?”

Dan bukanlah sang waktu sebagaimana cinta, tiada terbagi dan tiada kenal ruang?Tapi jika di dalam fikiranmu haru mengukur waktu ke dalam musim, biarkanlah tiap musim merangkum semua musim yang lain,Dan biarkanlah hari ini memeluk masa silam dengan kenangan dan masa depan dengan kerinduan.

Karya: Khalil Gibran

p/s: ambilah waktu untuk berfikir akan kebesaran Tuhanmu..

Friday 17 June 2011

Gerhana Bulan 16 Jun 2011

image by Google
Assalamualaikum wbk..


Gerhana berlaku pada 16/06/11..tapi aku baru nak update pasal ni, tak apalah. Masa malam gerhana bulan ni aku dengan dua orang lagi kawan aku ada juga berjaga sebab nak tengok kejadian ni. Tapi, malang sungguh tak dapat tengok sebab mata tak dapat nak tahan, akhirnya terlelap juga. Kami bertiga berlega-legar di koridor kolej, dah la orang lain sudah tidor (kot la).. kami pula buat kecoh. Lagi satu, dari rumah aku tak dapat tengok jadi kami pergi ronda-ronda malam tu sebab nak cari bula.


Alhamdulillah, dapat tengok. Tapi masa awal-awal je lah.. Masa tu bulan nampak cantik sangat, subhanallah.. itu saja yang mampu aku ungkapkan. Lepas tu terus balik rumah sebab sakit tengkuk masa mendongak tengok bulan. Jadinya, nak kongsi sedikit ilmu tentang gerhana ni, semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan hanya DIA yang maha tahu. Sebagai hamba kita wajib bersyukur kerana berpelungan melihat kebesaran ciptaanNya. Alhamdulillah..


image by Faizal



"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan dan kebijaksanaanNya) bagi orang -orang yang berakal" (Ali Imran : 190)

Kejadian gerhana bulan merupakan salah satu bukti kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t. Fenomena yang menakjubkan ini berlaku apabila bumi berada sesatah dengan garisan bulan dan matahari ketika fasa purnama.

Daripada al Mughirah b. Syu'bah RadhiAllahu 'anhu beliau berkata: " Telah gerhana matahari pada zaman Rasulullah S.A.W, pada hari kematian Ibrahim ( anak Rasulullah S.A.W), maka telah berkata manusia: Matahari menjadi gerhana kerana kematian Ibrahim. Maka Rasulullah S.A.W bersabda:" Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara bukti-bukti kekuasaan Allah, keduanya tidak menjadi gerhana disebabkan hidup atau matinya seseorang, apabila kamu melihatnya ( gerhana matahari dan bulan), maka berdoalah pada Allah dan bersolatlah, sehingga habis gerhana." - Muttafaq 'alaihi.

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedu-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang". (Riwayat Imam Muslim)

sumber: Halaqah.net

p/s: Betapa taatnya makhluk Allah ini mematuhi ketetapan Allah (Sunnahtullah) hingga tidak mungkir walau satu saat pun.