Saturday 30 April 2011

Kebersihan

image by flickr

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbk..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdullillah..

Syukur atas rahmat ILAHI kerana masih memberi ruang dan peluang buat insan lemah ini untuk terus bernafas di bumi fana ni. InsyaALLAH, esok 01 Mei 2011, aku akan bertolak dari Tanjong Malim ke LCCT dan akan terbang ke KK. Semoga perjalanan ni mendapat redhaNYA. Doakan insan lemah ini semoga selamat pergi dan balik ^^, insyaALLAH..

Nak berkisah tentang kebersihan sebenarnya. Bila diri dan persekitaran bersih, insyaALLAH rohani juga akan bersih. Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri” (QS. Al-Baqarah: 222)

Nah! Allah sangat sayang kepada hamabaNYA yang bersih lagi suci. Jadi sebagai manusia yang normal kita memang akan suka dengan kebersihan. Jadi, di hujung semester ni, semua orang sibuk kemas barang, masuk kat dalam kotak dan kemudian punggah barang simpan kata mana-mana. Aku pun macam tu juga, lepas habis exam hari tu, terus kemas barang dan simpan. Masa mengemas ni banyak sangat-sangat sampah yang ada. So, kena lah buang dan bersihkan.

Selain itu, rumah juga kena kosongkan. Nak kosongkan rumah kena bersihkan dulu kalau tak nanti kena saman dengan pihak kolej. Setiap semester pun buat perkara yang sama. Hujung sem je kena kemas dan punggah barang. Biasalah, lumrah hidup pelajar yang duduk kat kolej kediaman. Memandangkan aku dan roommate aku orang terakhir yang balik, kami kena bersihkan rumah. Alhamdulillah, sampai berkilat rumah tu. Rasa rindu la pulak.

Islam adalah Agama yang sempurna dan tiada taranya, yang menyentuh semua aspek dalam kehidupan manusia termasuk kebersihan. Kebersihan meruapakan aspek penting dalam Islam, Rasulullah SAW bersabda;

“kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).

Berdasarkan keterangan di atas dapatlah difahami bahawa kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan sama ada dirinya dan perkara berhubungan dirinya seperti rumah, bilik, halaman rumah dan juga tempat belajar.

Orang menjaga kebersihan sewajarnya mendapat perhatian Allah dan diberi rahmat selayaknya.
Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar).

Justeru menjaga kebersihan merupakan perkara yang sangat penting dan perlu ada dalam diri setiap muslim

p/s: Jom sama-sama jaga kebersihan..^^

No comments:

Post a Comment