Saturday 19 February 2011

Marah...Maaf

picture by Google Image


Assalamualaikum wbk..

Hari berganti hari, masa terus berlalu. Setiap hari sibuk dengan kelas, discussion, assignment yang bertimbun.. Lumrah hidup seorang pelajar, tapi tiba-tiba aku rasa rindu dengan zaman sekolah yang dah hampir 3 tahun aku tinggalkan. Rindu dengan kerja rumah yang tak pernah siap, rindu dengan cikgu-cikgu yang suka bercerita dan berceloteh, rindu dengan kawan-kawan kelas, rindu dengan kawan-kawan asrama, rindu dengan warden.. Rindu kat mama, bapa, family aku..Rindu dan terus merindu.. Sampai sekarang aku rasa macam tak percaya yang aku belajar kat U dan umur aku dah nak masuk 20 tahun, dah nak masuk angka 2 bermakna aku dah nak masuk ke alam dewasa awal. Entahlah, kadang-kadang aku rasa diri aku masih budak hingusan yang selalu berlari-lari dengan anak-anak jiran aku, yang selalu saja nak marah-marah sebab kalah dalam bermain, selalu je nak menang..

Itu semua cerita lama, yang pasti aku kini dah besar bukan lagi budak nakal yang selalu nak marah-marah. Benarkah? Tipu, sekarang pun selalu je rasa nak marah. Marah dengan diri sendiri yang selalu buat salah, marah dengan orang disekeliling. masyaALLAH, jahatnya aku.. Maaf lah, bukan niat nak marah kamu, tapi sekadar marah unutk memberi teguran..mungkin..

Baiklah , yang tadi sekadar mukadimah je.. Aku sebanarnya nak berkisah tentang marah dan maaf. Setiap orang pasti ada rasa marah dalam diri, kan? Tapi bergantung kepada diri kita untuk mengawal rasa marah tu. Syaitan sangat-sangat gembira bila kita marah, masa marah ni lah syaitan nak panas-panaskan lagi, salah orang lain semua dia nampak, salah sendiri yang besar macam gajah tu langsung tak perasan. Lebih-lebih lagi kaum perempuan, maaf. Ini daripada pengalaman dan persekitaran aku sendiri, perempuan kalau marah dia sangat emosional, beza dengan lelaki yang lebih sabar tapi tak semua, ada juga yang panas baran.

Lagi satu, betul sangat-sangat yang perempuan ni sensitive, aku pun begitu juga. Tapi kita mesti tahu nak beza antara gurauan dengan sindiran, kan? Contoh la, kalau ada kawan yang bergurau melampau, dan kita rasa benda tu tak elok, janganlah marah kat dia sampai tak nak tegur. Ini lah masalahnya, bila marah je terus tak nak kawan, aku betul-betul tak suka dengan orang yang berperangai macam ni. Tak suka dengan sikap je, bukan dengan orang tu. Kalau betul pun gurauan kawan tu kasar, jangan sampai tak tegur. DOSA. Tak bertegur lebih daripada 3 hari kan dah dikira dosa (betulkan jika salah). Ini kan pula sampai berminggu-minggu dan terus tak nak kawan. Kebaikan yang banyak tu seringkali ditutupi dengan keburukan yang sedikit. Patutkah begitu?

Kalau kita marah kat seseorang, ada baiknya cakap kat orang yang kita marah tu, luahkan dan bagitahu sebab-sebab kita marah kat dia dan minta supaya benda ni dilupakan dan jangan diulang atau diungkit lagi juga jangan pendam dalam hati. Sebab takut jadi nanah dan perasaan marah yang terkumpul tu akan jadi dendam dan dengki kita pada orang tu. MasyaALLAH.. Syaitan lagi suka dapat putuskan persaudaraan anak adam. Memanglah mula-mula tu kita akan rasa kekok dan perasaan pun mula bercelaru, tapi sematkan dalam diri sendiri perasaan memaafkan orang lain, past is past.  Benda ni asas dalam diri insan, sedangkan nabi pun maafkan umatnya. Jangan pula kata diri kita bukan nabi dan sampai bila-bila pun tak akan maafkan orang yang berdosa kat kita. JANGAN!! Maafkan lah, dan hati akan jadi tenang, insyaALLAH..


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


p/s: maaf, jika artikel ni membuatkan anda rasa marah atau benci kat aku.. ^_^

1 comment: