Monday 29 November 2010

Cahaya Hidup

kucari cahaya, dalam kegelapan malam..

Assalamualaikum . . 


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga


ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud


nukilah: Cahaya Hidup
sumber: Halaqah.net


p/s: kehidupan penuh dengan dugaan yang tidak pernah jemu menjengah usia yang kian meningkat menuju ke arahNya... Saban hari kita di ingatkan tentang Dia.. Dia yang melihat,menduga kita.. Carilah keredhaanNya sebelum Dia menjemput kita.. Ingat lah wahai saudara Islam ku.. Bantulah mereka di luar sana yang kian hanyut mencari Dia di dalam cahaya Ilahi... 

No comments:

Post a Comment