Saturday 23 October 2010

Sakitnya Bersalin!!

Genggamlah tanganku wahai ibu..


Assalamuallaikum..


Baru habis tengok cerita Lagenda Budak Setan, overall.. cerita Lagenda Budak Setan [LBS] ni agak menarik, adaptasi daripada novel Lagenda Budak Setan. Sebenarnya aku bukan nak ulas balik tentang cerita LBS. Aku tertarik pada babak akhir cerita, yang mana pada waktu itu ayu berada di dalam wad bersalin. Walaupun tak real, tapi lakonan Ayu macam real, dan di situ aku dapat tengok betapa susahnya seorang wanita nak bersalin. Doktor suruh teran supaya bayi itu dapat keluar. Tapi, punya lah paya dia teran dan doktor terpaksa guna vacuum untuk tarik bayi tu keluar, dan akhirnya anak dia lahir tapi ibunya tak dapat diselamatkan. Subhanallah, menitis air mata masa tu. Betul! Anak yang masih kecil tu menangis tanpa henti, macam tahu-tahu jak mama dia meninggal..sedih sangat..


Ok, sekarang aku nak cakap tentang sakitnya bersalin. Semua wanita yang melahirkan anak secara normal tidak dapat mengelak daripada kesakitan semasa bersalin. Ini termasuklah kesakitan ketika kontraksi (pengecutan rahim), kesakitan ketika anak dikeluarkan dan juga ketika bahagian-bahagian yang koyak dijahit. Tanya lah pada semua ibu-ibu.. betapa seksanya untuk melahirkan anak, besarnya pengorbanan seorang wanita.. Mama, Uhibbuki Jiddan-Jiddan (mama, aku sangat mencintaimu)..


Namun, kesakitan yang dialami ketika kontraksi merupakan satu saat yang tak dapat dilupakan. Ia boleh disebut sebagai saat yang sangat-sangat menyakitkan bagi seorang wanita selain daripada mati sehingga ada yang mengatakan "lepas ini tak nak bersalin lagi" atau "ni lah anak aku yang last, tak nak dah lepas ni". Malah, ramai wanita yang berfikir untuk mati pada masa itu juga supaya tak terasa sakitnya bersalin. Macam ada pengalaman pula aku..hehehe ^_^


Mama aku kata, melahirkan anak pertama sangat sakit daripada anak yang seterusnya, apatah lagi masa mama aku melahirkan arwah abang aku, dia bersalin di rumah jak, bukan di hospital. Tanpa  doktor cuma ada bidan dan nurse.. dan penderitaan mama aku berterusan apabila anak yang susah payah dikandung dan dilahirkan lemas semasa proses bersalin dan akhirnya meninggal dunia, ALLAH lebih menyanyanginya. Ok, berbalik semula. Semakin lama proses bersalin, semakin teruk kesakitan dan pendderitaan yang dirasai. Secara puratanya, proses melahirkan anak sulung mengambil masa selama 12 jam (lama kan?), anak kedua dan seterusnya selama 8 jam (lama juga ni..). Boleh kamu bayangkan? masyaALLAH..aku tidak mampu nak bayangkan, sebab aku belum lagi bergelar ibu..insyaALLAH, akan datang.. ^_^ (jangan gelak ok!)


Semua perempuan atau wanita mesti nak memiliki anak sendiri. Merasai detik-detik anak membesar dalam rahimnya, merasai seksinya ibu mengandung (seksi ka? hahaha),merasai bagaimana rasanya anak menendang dalam perut ibu, merasainya sakitnya bersalin! Ya, aku akui, aku ingin merasainya semua itu.. Betul!  
Biarlah anak yang lahir nanti akan jadi khalifah penyinar agama ALLAH, yang lahir daripada benih yang halal.. Wah, jauh sudah aku terpesong ni.. Ok ok, kesimpulan aku,
SAKITNYA BERSALIN!! (saje nak bagi Bold, hehehe)


nak menjadi zaujah yang soleha & ummi mithali.. Amin


p/s: besarnya pengobanan seorang ibu, dan bertuahnya kerana dipilih menjadi wanita.. Alhamdulillah. Jadi, wahai wanita sekalian, jagalah dirimu agar ALLAH sentiasa menjagamu. Janganlah kerana kasih dan cinta nafsu, maruah tergadai..ok! (ingatan untuk diri sendiri)..


wassalam..



No comments:

Post a Comment