Sunday 18 April 2010

Langkah Bendul..jatuhkah martabat kakak?

perkahwinan adalah perkongsian

Apabila adik mendahului perkahwinannya dari Kakak , ia digelar Langkah Bendul.Benarkah apabila



berlaku Langkah Bendul ini dengan sendirinya martabat Kakak jatuh kerana dianggap tidak laku
atau tiada yang berkenan dengannya ? Sesetengah pihak mengambil berat tentangnya malah dianggap
sebagai salah satu pantang larang kononnya apabila adik berkahwin dulu, Kakak akan sukar mendapat
jodoh secara tidak langsung ia merupakan penghinaan kepada si Kakak.Mungkin juga ia membawa
perbalahan dan masam muka antara adik beradik.Tetapi ada juga yang tidak kisah mengenai hal tersebut.

Memberi hadiah atau persalinan kepada Kakak yang dilangkah bendul itu merupakan amalan tradisi yang
diamalkan oleh kebanyakan orang tetapi ada juga beranggapan ianya sudah tidak sesuai di zaman ini.
Perbuatan ini bukan menyusahkan malah membebankan pengantin lelaki.Dalam Islam tidak ada peraturan
siapakah yang harus berumahtangga dulu samada adik atau kakak apabila sudah sampai jodoh.


keluarga bahagia



Islam mengajarkan kasih sayang, toleransi dan menggalakkan umatnya menjaga perasaan sesama insan.
Perlulah ada tolak ansur antara adik dan kakak malah sebaiknya si adik meminta keizinan dari Kakak
terlebih dahulu.

Islam tidak menggalakkan adat Melangkah Bendul ini dikenakan syarat-syarat yang ketat seperti memberi
hadiah atau persalinan serba satu sepertimana yang si adik terima.Kakak haruslah memahami dan merestui
niat suci adik dan bukannya mengambil kesempatan.

Islam menekankan hidup harmoni dan rukun damai dalam sesebuah keluarga dengan tidak menyinggung
perasaan sesama sendiri.Si adik harus bersyukur kerana telah mendapat jodoh dan janganlah hingga
membawa kepada bermegah diri.

Adat ini digalakkan asal tidak bercanggah dalam Islam sehingga membawa kesusahan pada Pengantin
lelaki tetapi terpulanglah kepada individu itu sendiri kerana Islam itu menyenangkan.  


sumber : khaifa ihtadaitu

No comments:

Post a Comment